Tuesday, 6 November 2012

Pantun
Pantun dua kerat yang direka oleh anak murid saya.

Kereta api bukit ke Bukit Bendera ,
         Pelancong ke sana berasa gembira .


ERL bergerak dengan cepat ,
        Masa kita dapat dijimat .


p/s : walaupun bukan sangat baik , tetapi satu percubaan yang menggalakkan .

3 comments:

  1. Wah, sangat kreatif murid ini. Teruskan usaha anda.

    ReplyDelete
  2. tampal pantun dua kerat ini di sini untuk tatapan semua. nice to learn pantun here tq!
    Terima kasih daun keladi,

    Kalau boleh hendak lagi.

    Ikan siakap ikan sembilang ikan senohong,

    Banyak cakap banyak bohong.

    Pecah kaca pecah gelas,

    Sudah baca harap balas.

    Emas perak tembaga suasa,

    Malas bergerak tidak merasa.

    Pagi petang siang malam,

    Hati terang senang faham.

    Kumbang jarak kumbang jagung,

    Berani buat berani tanggung.

    Tunggu durian Teluk Emas,

    Siapa kemudian kena kemas.

    Buah cempedak dalam gantang,

    Siapa hendak dia datang.

    Periuk belanga pasu kuali,

    Busuk nama menipu mencuri.

    Saya kata itik awak kata ayam,

    Sudah kena jentik baru nak diam.

    Maksud pantun

    Rangkap 1 : Seseorang yang berharap mendapat sesuatu pemberian lagi jika diberi peluang.

    Rangkap 2 : Seseorang yang banyak berkata-kata akan membuat banyak kesilapan.

    Rangkap 3 : Seseorang yang berharap mendapat balas surat yang diutusi.

    Rangkap 4 : Seseorang yang malas berusaha akan rugi.

    Rangkap 5 : Seseorang yang yang cerdas akan mudah faham apa yang dipelajari.

    Rangkap 6 : Seseorang perlu bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan.

    Rangkap 7 : Sesiapa yang terakhir perlu memgemaskan sesuatu.

    Rangkap 8 : Sesiapa yang berkehendak sesuatu perlulah berusaha.

    Rangkap 9 : Seseorang yang menipu dan mencuri namanya akan tercemar.

    Rangkap 10 : Seseorang akan berhenti membuat kesalahan setelah ditegur

    ReplyDelete
  3. cikgu chang must be put in a lot of effort to teacher her pupils to write a pantun dua kerat

    ReplyDelete